About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Thursday 18 October 2012

Permata Besi Dari Langit GAA





Potongan Besi Nikel atau besi dari langit atau Gibeon Meteorite ini melekat sangat-sangat kuat kepada magnet dan bila sudah melekat maka adalah begitu sukar untuk dipisahkannya. Permata ini merupakan sebahagian potongan dari Gibeon Meteorite yang telah dicanai untuk dibuat permata cincin (rujuk kod BAAA).
Permata sebegini adalah 'hyper-rare' dan begitu sukar untuk diperolehi di negara kita. Dari segi mistik atau keistimewaan dan kelebihan, Besi Nikel ini adalah pelbagai guna. Aura permata ini dapat menolak serta membuang unsur-unsur negatif dalam tubuh badan seseorang.

Ianya juga menjadi asbab kepada ketahanan kulit, dimana senjata tajam sukar menembusi kulit si pemakai kerana aura permata ini dapat memadatkan dan mengeratkan lagi ikatan sel-sel antara kulit/daging pemakainya.

Ianya sangat bahaya juga jika terkena atau terpukul pada pihak lawan dan sesuai dipakai oleh pendekar atau pahlawan.

Insyallah ianya juga boleh menjauhi segala penyakit dan kebal kepada penyakit. Bagi tujuan media perubatan pula, cukup hanya sekadar direndamkan dalam air dan diminum sambil berniat bagi mengubati atau menyembuh penyakit berkenaan. Wallahhua'lam.

No comments:

Post a Comment