About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Saturday 11 May 2013

Cincin Koka Asli Dari Mekah CEP




Ini adalah cincin kayu koka yang dibawa balik dari mengerjakan umrah. Tidak dijual kerana ada nilai berharga di sebaliknya.

Sunday 5 May 2013

Cincin Akik Kuning BAA




Batu ini merupakan batu akik kuning yang berusia amat tua dimana batu ini adalah batu asli yang diperolehi di bukit thursina tanah arab. Batu ini telah diuji dan disahkan mempunyai tenaga gelombang positif dimana dapat memulang balik ilmu sihir/hitam, santau, gangguan makhluk halus, menunduk haiwan buas, pelaris perniagaan, pendinding yang ampuh, penaik darjat dan wibawa. Wallahhua'lam.

Cincin Penakluk (Kayu Tikam Batu) HDA




Permata cincin ini merupakan sepasang teras akar gemunggal bukit yang mencengkam batu (jantan & betina). Nampaknya kayu yang menang. Sebab itulah kelor/gemunggal disifatkan sebagai 'kayu bertuah' oleh Sunan Kali Jaga. Mantap untuk khasiat batin dan 1001 hikmah yang lainnya. Wallahhua'lam.

Saturday 4 May 2013

Cincin Pahlawan Besi Merah Guntur Baja Alam IFA




Jangan salah diduga. Kecil bukan sebarang kecil. Kecil bukan bererti anak. Cincin perak ini berpermatakan besi merah guntur baja alam yang ampuh. Dinamakan Cincin Pahlawan kerana ianya merangsangkan semangat kepahlawanan, tidak gentar, berhati waja, berkeyakinan dan ada wibawa diri. Gabungan ini biasanya digunakan untuk membuat keris, badik, kerambit, senjata-senjata melayu tradisional dan juga termasuk permata cincin yang diguna pakai oleh pendekar, pahlawan melayu dan hulu balang di zaman pemerintahan dahulu. Wallahhua'lam. 

Cincin Suasa Batu Nilam Blue Sapphire Bicolour AAAAA





Cincin suasa berpermatakan batu nilam ceylon dwiwarna ini dikelilingi batu berlian asli. Rona warna dalam batu permata nilam biru ini menunjukkan ianya adalah batu nilam asli dari Sri Lanka dan sungguh cute dan menawan sekali. Tak jemu mata memandangnya. Percayalah...

Cincin Perak Mani Gajah Level Geliga JAAA



Ini adalah cincin berpermatakan Mani Gajah Tahap Geliga. Mengenai khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google, bermacam-macam khasiat telah didedahkan kepada umum. Wallahhualam.

Cincin Delima Merah Berkhodam GAA



Cincin delima merah berkhadam rezeki alam ghaib (bunian) berkhasiat sebagai pengundang rezeki yang kuat untuk para peniaga, pelabur dan sebarang usaha yang dilakukan untuk urusan rezeki. Dengan izinNya dapat menyelesaikan masalah kewangan, pelaris perniagaan yang ampuh, penguat cakra dan mampu menjauhkan dari sebarang masalah rezeki dan nasib tidak baik. Wallahhua'lam.

Cincin Logam Pakaian Diri (NFS)





Cincin Logam Pakaian Diri ini adalah terdiri dari gabungan permata logam berkhasiat tinggi dan terpilih iaitu KP Gred 1, BK Gred 1, Meteorite, BHHB (rahsia). Begitu juga dengan ikatan cincinnya hasil dari peleburan 13 logam-logam terpilih dan besi Pa 13 (rahsia). Tukang cincin dah tak mahu bikin cincin sebegini lagi kerana amat rumit. Khasiatnya adalah untuk mempertahankan diri dari musuh di alam nyata dan yang di alam ghaib dengan izin Allah SWT juga. Ini adalah ikhtiar dan usaha kita juga dan selebihnya berserah kepada yang Maha Berkuasa. Wallahua'lam.

Cincin Besi Berani AFA