About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Tuesday 25 June 2013

Cicin Akik Api / Fire Agate DAA




Fire agate adalah dari keluarga chalsedony atau quartz. Berbeza dari akik biasa, fire agate atau akik api mempunyai keistimewaan dan warna yang unik. Melihat akik api yang berkualiti tinggi umpama melihat kilauan api membara di dalam batu. Warna-warninya sungguh cantik dan indah sekali.
Harga akik api juga bergantung pada warna atau corak api/buih yang dilihat. Semakin terang dan beranika warna semakin tinggi harganya. Warna merah menyala antara yang dinilai mahal untuk akik api selain warna ungu kebiruan.

Monday 24 June 2013

Batu Bukit Pelagat AEP




Cincin Besi Meteorite HDA



Sebagai makluman, permata besi meteorite ini melekat sangat-sangat kuat kepada magnet.

Cincin Batu Leleh Bukit Nuri CAA



Untuk paparan sahaja.

Tasbih Teras Nagasari Saiz XXXL


Kayu Nagasari adalah lebih power dari Kayu Stigi dan ianya bagaikan generator bagi kekuatan dalaman untuk orang yang baik akhlaknya. WALLAHUA'LAM...

Geliga Kepah BEA




Ini adalah geliga kepah asli. Ianya sangat dicari-cari oleh mereka yang mengetahui akan khasiat dan manfaatnya. Hanya ini sahaja yang ada dalam koleksi saya, tiada duanya.

Batu Garut Lumut/Moss Agate AEP



Akik lumut dipercayai dapat meningkatkan hubungan dengan alam sekitar. Lumut hijau membantu menghilangkan racun dalam darah dan menyeimbangkan energi emosional. Lumut Merah membantu membersihkan darah serta menambah stamina fisik.

Batu Kursani Bijih Raw AEP





Batu Leleh Raw AAP



Khasiatnya dikatakan untuk semangat, selisih peluru, tahan badan, lindungi dari segala ancaman dan penawar bisa. Wallahhua'lam.

Besi Leleh Kuning/Cakar Ayam Raw CEP




Bentuk permukaan besi leleh ini sengaja tidak dicanai bagi menampakkan keasliannya dan boleh dinamakan juga sebagai besi leleh purba. Permata besi meleleh yang asli tidak akan bertindak balas dengan magnet.

Ada seorang sahabat menceritakan bahawa ada seorang hamba Allah telah mengalami kemalangan kereta yang teruk, tetapi Alhamdulillah selamat. Manakala jika kita ditetak atau diparang sekali dua, insyaallah selamat dan dalam pada masa yang sama hendaklah segera cuba untuk menyelamatkan diri dari terus ditetak berterusan. Suatu al-kisah lagi, seoarang hamba Allah dari Patani yang memakai cincin yang seumpama ini, lalu kereta yang dipandunya ditembak bertalu-talu dan dengan izin Allah beliau selamat. Masa dia tiba ke Kelantan, beliau tunjukkan keretanya yang ditembak dekat tempat pemandu.

Batu besi leleh juga boleh diapplikasikan sebagai penawar gigitan berbisa dengan cara batu ini dilekapkan pada kawasan terkena gigitan berbisa dan dengan izin Allah, ia terus melekap menyedut dari tubuh pesakit. Setelah racun ini tawar, batu itu tanggal dengan sendirinya.
Wallahhua'lam.

Permata Teras Gemunggal Asli Pulau Redang AEP


Ini adalah permata asli teras gemunggal yang asalnya dari Pulau Redang. Lihatlah rona dan bintik-bintik keaslian teras gemunggal ini. Sememang sudah pasti asli. Mengenai khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google.com, macam-macam khasiat melalui pengalaman pemakai didedahkan kepada umum.

Cincin Stony Iron Meteorite AEAA




While in space it is called a meteoroid. When it enters the atmosphere, air resistance causes the body to heat up and emit light, thus forming a reball, also known as a meteor or shooting star. The term bolide refers to either an extraterrestrial body that collides with the Earth, or to an exceptionally bright, reball-like meteor regardless of whether it ultimately impacts the surface. Generally, a meteorite on the surface of any celestial body is a natural object that has come from elsewhere in space. Meteorites have been found on the Moon and Mars.

Meteorites have traditionally been divided into three broad categories: stony meteorites are rocks, mainly composed of silicate minerals; iron meteorites are largely composed of metallic iron-nickel; and, stony-iron meteorites contain large amounts of both metallic and rocky material.

Meteorite is often associated with supreme power, bravery and nobleness which can help fighting back ghosts and darkness. It is believe that wearing Meteorite items can promote body Qi and blood circulation. It can also enhance vitality and energy which benets one's physical strength and resistance against diseases. Couple's intimacy will be enhanced as well. Due to its origin from the outer space, people believe that Meteorite can help them communicate with God. It can be used as a powerful medium for praying and making wishes.

Sunday 23 June 2013

Permata Stigi Darat Asli AAA





Kayu Setigi ini amat popular di Indonesia sebagaimana kayu gemunggal atau kelor yang begitu popular di Malaysia. Ianya bagaikan generator bagi kekuatan dalaman untuk orang yang baik akhlaknya. Kayu Setigi ini amat popular di Indonesia sebagaimana kayu gemunggal atau kelor yang begitu popular di Malaysia. Kayu Setigi memiliki karekter yang hampir sama dengan Kayu Nagasari. Ianya bagaikan generator bagi kekuatan dalaman untuk orang yang baik akhlaknya. Begitulah di sebaliknya pula. WALLAHUA'LAM...

Cincin Nagasari Asli Jadi Batu Ada Tanda Alif DAA




Cincin mustika batu fosil nagasari ini mengandung unsur logam perak berbentuk ALIF secara semulajadi. Diantara fungsinya adalah untuk kewibawaan, keharmonisan rumah tangga, meningkatkan karisma (daya tarik), menambah kekuatan zahir batin, anti petir, menambah ketajaman indera batin, keselamatan, pengobatan, perlindungan terhadap orang jahat/jin, binatang berbisa, anti tenung dan black magic. Kayu ini sangat berbahaya jika digunakan untuk memukul. Secara spiritual kayu ini bersifat mengembalikan daya yang dilontarkan kepada pemakai. Diyakini kayu ini merupakan kayu yang paling unggul diantara kayu bertuah lainnya. Tuahnya : Pemakai kayu ini diharapkan berlaku jujur dan suci, jika tidak maka tindakan negatifnya akan berbalik kepadanya.