About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Friday 28 October 2011

Cincin Batu Topaz BFA


Batu Topaz ini dikatakan boleh membantu untuk meningkatkan ketenangan lahir batin bagi pemakainya. Wallahhualam!

Teras Cinta Mani Laut BP

Bahagian tengah teras cinta mani laut ini telah tertanggal. Dikatakan ianya adalah sebagai ikhtiar untuk pengasih, pelaris dan penawar racun. Wallahhualam!

Batu Mutiara EP

Diperolehi dari Kota Kinabalu.

Batu Lumut AEP

Akik lumut dipercayai dapat meningkatkan hubungan dengan alam sekitar. Lumut hijau membantu menghilangkan racun dalam darah dan menyeimbangkan energi emosional. Lumut Merah membantu membersihkan darah serta menambah stamina fisik.

Batu Ritual AEP


Diperolehi secara ritual atau dipanggil.

Akik Kalimah CEA


Batu akik kalimah ini diperolehi dari Mahaguru Perguruan Gerak Kilat Johari Mansor. Tinggal batu sahaja kerana cincin suasa telah dipisahkan atas sebab tertentu.

Loket Batu Buluh @ Tabasheer AHA


Ini adalah Loket Batu Buluh atau Tabasheer. Istilah tabasheer secara saintifik ialah "A concretion in the joints of the bamboo which consists largely or chiefly of pure silica. It is highly valued in the East Indies as a medicine for the cure of billions vomitings : bloody flux, piles and various other diseases (Online Medical Dictionary)"

Raja Kayu Putih (rare) AAA

 
 

Cincin Titipan Besi Terpilih AAHA





Permata cincin ini dititipkan dengan 9 jenis besi terpilih dan terbaik untuk menjadi satu permata iaitu Besi Puting Parang Patah, Barel Senapang Pecah, Badar Besi, Besi Leleh, Besi Kursani, Besi Meteorite, Besi Cerebon, Besi Kuning 9 dan Timah Hitam.

Monday 24 October 2011

Gelang Teras Gabungan Berpasak GDA



Ini adalah gelang gabungan dari 16 belas teras berkhasiat terpilih serta dipasak dengan teras-teras jadi batu, kursani, batu petir dan lain-lain lagi. Sesuai digunakan untuk pakaian diri. 

Cincin Besi Kursani Putih (Meteorite Gred A) IAA




Cincin ini berpermatakan Besi Kursani Putih atau Meteorite Gred A. Melekat sangat kuat kepada magnet. Khasiatnya? Telah banyak diperkatakan orang. Boleh 'google' sendiri ya...

Gelang Tiger Eye Berkalimah BFA





Teras Sekang Seribu BA

Diperolehi dari Miri, Sarawak. Dikatakan untuk pendinding diri dan penawar bisa, Wallahhualam!

Cincin Teras Mata Satu AAA


Dikatakan dapat menjauhi gangguan daripada syaitan. Wallahhualam!

Cincin Akik Lumut ADA

 
 
 
Cincin ini adalah cincin akik lumut yang diikat dengan duit syiling. Sungguh cantik dan menawan!

Cincin Delima Putih

 
 
 
Ini merupakan cincin perak berpermatakan delima putih (cutting).

Kayu Tas Jantan & Betina AAP


Kayu tas dikatakan digunakan sebagai penunduk binatang liar dan binatang buas. Wallahhualam!

Batu Tapak Jalak CEA

Cincin Batu Leleh Bukit Nuri CAA



Ini adalah cincin perak berpermatakan batu leleh bukit nuri yang dikekalkan dalam bentuk asal bagi menampakkan keunikannya.

Cincin Batu Phosfur Hijau BEA


Batu phosfur ini jika diperhatikan betul-betul, ianya mempunyai berbagai warna. Batu ini akan bercahaya dengan cantik di tempat yang gelap. Dikatakan baik untuk aura pertahanan diri. Wallahhualam!

Batu Panca Delima Nagasari BFFF





Batu Panca Delima Nagasari ini diperolehi secara ritual. Khasiatnya dikatakan untuk kebal dan pakaian diri. Wallahhualam!