Saturday, 29 September 2012

Tasbih Kayu Gaharu Gred 1 ADA



Ini adalah Tasbih Kayu Gaharu Gred 1 yang dibawa balik oleh sahabat yang mengerjakan umrah.

Tasbih Teras Delima BA


Jika tasbih ini direndam didalam segelas air jernih, maka dalam beberapa minit ianya akan menukarkan air jernih kepada tadi kepada warna merah jambu. Erti kata lain teras delima ini akan mengeluarkan warna merah apabila direndam dalam air.

Tasbih Koka AEP

Kayu koka adalah merupakan raja kayu, raja segala penawar, pendinding, terhindar dari binatang liar dan juga pengasih. Manakala lain-lain khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google.com, macam-macam khasiat melalui pengalaman pemakai telah didedahkan kepada umum.

Tasbih Kayu Stigi DA

Kayu stigi yang kering akan berbau harum bila digosok dengan hujung jari. Kayu Stigi ini dikatakan adalah untuk rezeki, pelaris, keselamatan diri, pendinding makhluk halus, anti black magic, anti gigitan ular dan dijauhi ular. Jika kayu setigi dipukul kepada seseorang ianya hanya membuatkan ia pengsan sahaja, tidak mati. Bagi mengubati penyakit gangguan, histeria dan yang seumpamanya dengannya cukup sekadar dibawa sahaja bersama. Ianya juga boleh dibawa untuk bertapa bagi menjauhkan jin dan syaitan. Jika dikalongkan di kepala orang yang mengamalkan sihir, insyaallah akan tawarlah ilmu sihirnya. Jika dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan, inyaallah akan beroleh kemenangan. Selain itu rendaman kayu dalam air juga berkhasiat mengubati penyakit perut. Wallahhualam!

Batu Akik Yaman Hitam Bermata Suluh Merah EAA


 
Akhir-akhir ini ramai peminat-peminat cincin bertukar arah untuk mendapatkan cincin batu akik yaman hitam dan apabila disuluh batu hitam bertukar kepada warna merah. Batu akik ini agak 'RARE' kerana terdapat motif berbentuk 'MATA'. Dikatakan ianya berkhasiat untuk ketenangan dalam hidup, keberuntungan, permudah segala urusan dan penarik diri atau pengaruh orang kepada kita dan banyak lagi kelebihan yang tersirat... Wallahualam!

Gelang Smoky Quartz ADA



Dikatakan boleh membantu sakit gout atau sendi. Wallahualam!

Loket Batu Badar Hijau BEA



Batu badar hijau ini juga dikenali sebagai Energy Stone. Ianya melekat pada magnet. Khasiatnya dikatakan untuk kebal darurat, ketahanan kulit, pendinding/pelindung kepada kejahatan manusia, sihir, gangguan ghaib, teluh, tenung, badan menjadi ringan dan kekuatan tenaga atau kudrat jadi berganda, menghilangkan kesakitan pada tubuh badan serta hindar aura jahat/negatif bagi pemiliknya. Wallahhualam!

Tali Pinggang Besi Dari Patani BEP





Dikatakan ianya boleh digunakan bagi membantu membuat kerja-kerja berat terutamanya apabila menggunakan kekuatan pinggang seperti mengangkat barang-barang berat atau sebagainya.

Monday, 24 September 2012

Cincin Besi Nikel Gibeon Meteorite BAAA (NFS)




Untuk paparan sahaja. "Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia..." (Al-Hadid: 25). Ayat ini menerangkan mengapa orang tua-tua dulu gemar memakai permata yang mengandungi unsur logam yang tinggi.
Permata cincin ini adalah merupakan Besi Nikel atau besi dari langit atau Gibeon Meteorite dan melekat sangat-sangat kuat kepada magnet dan bila sudah melekat maka adalah begitu sukar untuk dipisahkannya. Di bahagian bawahnya kelihatan garisan-garisan kasar dan sengaja tidak dicanai licin supaya dapat mengekalkan bentuknya yang asli dan ianya merupakan trade-mark bagi Gibeon Meteorite.
Permata sebegini adalah 'hyper-rare' dan begitu sukar untuk diperolehi di negara kita. Dari segi mistik atau keistimewaan dan kelebihan, Besi Nikel ini adalah pelbagai guna. Aura permata ini dapat menolak serta membuang unsur-unsur negatif dalam tubuh badan seseorang.

Ianya juga menjadi asbab kepada ketahanan kulit kita, dimana senjata tajam sukar menembusi kulit si pemakai kerana aura permata ini dapat memadatkan dan mengeratkan lagi ikatan sel-sel antara kulit/daging pemakainya.

Ianya sangat bahaya juga jika terkena atau terpukul pada pihak lawan dan sesuai dipakai oleh pendekar atau pahlawan.

Insyallah ianya juga boleh menjauhi segala penyakit dan kebal kepada penyakit. Bagi tujuan media perubatan pula, cukup hanya sekadar direndamkan dalam air dan diminum sambil berniat bagi mengubati atau menyembuh penyakit berkenaan. Wallahhua'lam.


Cincin Kayu Penunduk EAA





Dikatakan untuk menunduk manusia garang, juga penawar dan pengasih. Wallahhualam!

Cincin Teras Kayu Jadi Batu Mengeluarkan Warna Merah Bila Disuluh ADAA




Cincin teras kayu ini dipercayai adalah dari jenis teras kelor. Batu tiada cacat atau retak malah ianya mulus dan licin. Di bahagian atas batu adalah licin bersinar manakala di bawah lapisan batu pula kedapatan serat-serat kayu. Adalah dipercayai bahawa teras kayu yang lutsinar atau tembus cahaya adalah yang terbaik dan apatah lagi mengeluarkan cahaya berwarna merah apabila disuluh. Dikhabarkan ianya berkhodam semulajadi dan ada auranya seperti seorang tua, sehinggakan ada seorang tua yang pakar batu menyatakan energy batu ini memang baik setelah dipakainya dalam masa 30 minit, dan ianya memang sedap dipakai. Dipercayai telah beruisa ratusan tahun. Dikatakan khasiatnya banyak sekali. Antaranya sebagai pendinding diri, penawar racun, penangkis ilmu teluh, ilmu tuju, kebal, halau makhluk halus dan elak pencuri serta pukulan berbisa. Manakala lain-lain khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google.com, macam-macam khasiat melalui pengalaman pemakai telah didedahkan kepada umum.