Cincin teras kayu ini dipercayai adalah dari jenis teras kelor. Batu tiada cacat atau retak malah ianya mulus dan licin. Di bahagian atas batu adalah licin bersinar manakala di bawah lapisan batu pula kedapatan serat-serat kayu. Adalah dipercayai bahawa teras kayu yang lutsinar atau tembus cahaya adalah yang terbaik dan apatah lagi mengeluarkan cahaya berwarna merah apabila disuluh. Dikhabarkan ianya berkhodam semulajadi dan ada auranya seperti seorang tua, sehinggakan ada seorang tua yang pakar batu menyatakan energy batu ini memang baik setelah dipakainya dalam masa 30 minit, dan ianya memang sedap dipakai. Dipercayai telah beruisa ratusan tahun. Dikatakan khasiatnya banyak sekali. Antaranya sebagai pendinding diri, penawar racun, penangkis ilmu teluh, ilmu tuju, kebal, halau makhluk halus dan elak pencuri serta pukulan berbisa. Manakala lain-lain khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google.com, macam-macam khasiat melalui pengalaman pemakai telah didedahkan kepada umum.
No comments:
Post a Comment