Monday, 24 September 2012

Cincin Besi Nikel Gibeon Meteorite BAAA (NFS)




Untuk paparan sahaja. "Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia..." (Al-Hadid: 25). Ayat ini menerangkan mengapa orang tua-tua dulu gemar memakai permata yang mengandungi unsur logam yang tinggi.
Permata cincin ini adalah merupakan Besi Nikel atau besi dari langit atau Gibeon Meteorite dan melekat sangat-sangat kuat kepada magnet dan bila sudah melekat maka adalah begitu sukar untuk dipisahkannya. Di bahagian bawahnya kelihatan garisan-garisan kasar dan sengaja tidak dicanai licin supaya dapat mengekalkan bentuknya yang asli dan ianya merupakan trade-mark bagi Gibeon Meteorite.
Permata sebegini adalah 'hyper-rare' dan begitu sukar untuk diperolehi di negara kita. Dari segi mistik atau keistimewaan dan kelebihan, Besi Nikel ini adalah pelbagai guna. Aura permata ini dapat menolak serta membuang unsur-unsur negatif dalam tubuh badan seseorang.

Ianya juga menjadi asbab kepada ketahanan kulit kita, dimana senjata tajam sukar menembusi kulit si pemakai kerana aura permata ini dapat memadatkan dan mengeratkan lagi ikatan sel-sel antara kulit/daging pemakainya.

Ianya sangat bahaya juga jika terkena atau terpukul pada pihak lawan dan sesuai dipakai oleh pendekar atau pahlawan.

Insyallah ianya juga boleh menjauhi segala penyakit dan kebal kepada penyakit. Bagi tujuan media perubatan pula, cukup hanya sekadar direndamkan dalam air dan diminum sambil berniat bagi mengubati atau menyembuh penyakit berkenaan. Wallahhua'lam.


No comments:

Post a Comment