Kayu stigi yang kering akan berbau harum bila digosok dengan hujung jari. Kayu Stigi ini dikatakan adalah untuk rezeki, pelaris, keselamatan diri, pendinding makhluk halus, anti black magic, anti gigitan ular dan dijauhi ular. Jika kayu setigi dipukul kepada seseorang ianya hanya membuatkan ia pengsan sahaja, tidak mati. Bagi mengubati penyakit gangguan, histeria dan yang seumpamanya dengannya cukup sekadar dibawa sahaja bersama. Ianya juga boleh dibawa untuk bertapa bagi menjauhkan jin dan syaitan. Jika dikalongkan di kepala orang yang mengamalkan sihir, insyaallah akan tawarlah ilmu sihirnya. Jika dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan, inyaallah akan beroleh kemenangan. Selain itu rendaman kayu dalam air juga berkhasiat mengubati penyakit perut. Wallahhualam!
No comments:
Post a Comment