About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Saturday, 29 September 2012

Tasbih Kayu Stigi DA

Kayu stigi yang kering akan berbau harum bila digosok dengan hujung jari. Kayu Stigi ini dikatakan adalah untuk rezeki, pelaris, keselamatan diri, pendinding makhluk halus, anti black magic, anti gigitan ular dan dijauhi ular. Jika kayu setigi dipukul kepada seseorang ianya hanya membuatkan ia pengsan sahaja, tidak mati. Bagi mengubati penyakit gangguan, histeria dan yang seumpamanya dengannya cukup sekadar dibawa sahaja bersama. Ianya juga boleh dibawa untuk bertapa bagi menjauhkan jin dan syaitan. Jika dikalongkan di kepala orang yang mengamalkan sihir, insyaallah akan tawarlah ilmu sihirnya. Jika dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan, inyaallah akan beroleh kemenangan. Selain itu rendaman kayu dalam air juga berkhasiat mengubati penyakit perut. Wallahhualam!

No comments:

Post a Comment