About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Monday, 24 September 2012

Cincin Teras Kayu Jadi Batu Mengeluarkan Warna Merah Bila Disuluh ADAA




Cincin teras kayu ini dipercayai adalah dari jenis teras kelor. Batu tiada cacat atau retak malah ianya mulus dan licin. Di bahagian atas batu adalah licin bersinar manakala di bawah lapisan batu pula kedapatan serat-serat kayu. Adalah dipercayai bahawa teras kayu yang lutsinar atau tembus cahaya adalah yang terbaik dan apatah lagi mengeluarkan cahaya berwarna merah apabila disuluh. Dikhabarkan ianya berkhodam semulajadi dan ada auranya seperti seorang tua, sehinggakan ada seorang tua yang pakar batu menyatakan energy batu ini memang baik setelah dipakainya dalam masa 30 minit, dan ianya memang sedap dipakai. Dipercayai telah beruisa ratusan tahun. Dikatakan khasiatnya banyak sekali. Antaranya sebagai pendinding diri, penawar racun, penangkis ilmu teluh, ilmu tuju, kebal, halau makhluk halus dan elak pencuri serta pukulan berbisa. Manakala lain-lain khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google.com, macam-macam khasiat melalui pengalaman pemakai telah didedahkan kepada umum.

No comments:

Post a Comment