Cincin suasa putih berbatukan zamrud AAA+++ ini jarang-jarang dipakai kerana tidak boleh dibawa masuk ke tandas atau seumpamanya kerana menurut berapa orang sahabat ada tertera kalimah kecil disudut atas batu cincin ini. Tapi sampai sekarang saya sendiri tak nampak pun kalimah itu. Khasiatnya dikatakan untuk kebijaksanaan, kerajinan, kebahagiaan, menjauh dosa dan menjauhkan percubaan khianat, santau dan sebagainya. Juga dipercaya dapat membawa keberuntungan. Sahabat tadi juga mengatakan bahawa permata zamrud ini dijaga oleh khodam berjubah serba hijau. Wallahhualam!
SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T. TIDAK MENCIPTAKAN SESUATU DI MUKA BUMI INI MELAINKAN MEMPUNYAI ASBABNYA. TIAP-TIAP SESUATU KEJADIAN YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH MESTILAH MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB YANG TERTENTU DAN TIDAK LAIN TIDAK BUKAN IALAH SEMATA-MATA UNTUK MANAFAAT MANUSIA. TERPULANGLAH MANUSIA ITU SENDIRI UNTUK MENGGUNAKAN KELEBIHAN YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA UNTUK MENCUNGKIL RAHSIA-RAHSIANYA. TIAP-TIAP SESUATU KEJADIAN DI DALAMNYA TERKANDUNG SERIBU HIKMAH YANG TERSURAT DAN TERSIRAT.
About Me
- IBOS
- Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.
Sunday, 23 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment