About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Sunday, 23 October 2011

Besi Leleh Berbentuk Penyu BAA (NFS)




Untuk paparan sahaja. Besi leleh atau Lek Lai dalam bahasa siam ini adalah dalam bentuk penyu dan semula jadi sebegitu rupa. Ianya diperolehi di Selatan Thailand. Bonjolannya (leklai) seolah-olah hidup kerana ada perbezaan pada bonjolannya bila sekali sekala diperhatikan. Bentuk permukaan besi leleh ini sengaja tidak dicanai bagi menampakkan keasliannya dan boleh dinamakan juga sebagai besi leleh purba. Permata besi meleleh yang asli tidak akan bertindak balas dengan magnet.

Khasiatnya dikatakan untuk semangat, selisih peluru, tahan badan, lindungi dari segala ancaman dan penawar bisa.

Ada seorang sahabat menceritakan bahawa ada seorang hamba Allah telah mengalami kemalangan kereta yang teruk, tetapi Alhamdulillah selamat. Manakala jika kita ditetak atau diparang sekali dua, insyaallah selamat dan dalam pada masa yang sama hendaklah segera cuba untuk menyelamatkan diri dari terus ditetak berterusan. Suatu al-kisah lagi, seoarang hamba Allah dari Patani yang memakai cincin yang seumpama ini, lalu kereta yang dipandunya ditembak bertalu-talu dan dengan izin Allah beliau selamat. Masa dia tiba ke Kelantan, beliau tunjukkan keretanya yang ditembak dekat tempat pemandu.

Batu besi leleh juga boleh diapplikasikan sebagai penawar gigitan berbisa dengan cara batu ini dilekapkan pada kawasan terkena gigitan berbisa dan dengan izin Allah, ia terus melekap menyedut dari tubuh pesakit. Setelah racun ini tawar, batu itu tanggal dengan sendirinya.
Wallahhua'lam.

No comments:

Post a Comment