About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Thursday, 18 October 2012

Batu Dalam Buah Delima CEP




Suatu hari ketika saya menziarahi seorang kawan yang ahli dalam barangan purba dan mistik, beliau memberikan saya sebiji buah delima yang sudah masak ranum. Beliau meminta saya memecahkan buah delima tersebut sebagaimana kita memecahkan buah manggis. Ketika memecahkan buah delima tersebut keluar air memercik sehingga terpaksa ditadahkan dengan plastik supaya tidak basah lantai. Setelah terbelah dua, maka kelihatanlah biji-biji buah delima yang merah. Tetapi tidak nampak sebarang batu delima pun. Kemudian kami terus makan biji-biji delima itu dan terasa sungguh manis sekali. Ketika mengambil biji-biji delima untuk dimakan, tiba-tiba terasa ada sebiji diantaranya yang begitu keras sekali. Maka itulah batu delima seperti yang tertera dalam gambar di atas. Rupa-rupanya ada beberapa biji batu delima di dalam buah delima tersebut. Namun begitu batu-batu delima itu belum cukup matang dan warnanya belum cukup merah lagi.

No comments:

Post a Comment