Buloh pengasih ini diperolehi dari Kuching Sarawak.
SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T. TIDAK MENCIPTAKAN SESUATU DI MUKA BUMI INI MELAINKAN MEMPUNYAI ASBABNYA. TIAP-TIAP SESUATU KEJADIAN YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH MESTILAH MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB YANG TERTENTU DAN TIDAK LAIN TIDAK BUKAN IALAH SEMATA-MATA UNTUK MANAFAAT MANUSIA. TERPULANGLAH MANUSIA ITU SENDIRI UNTUK MENGGUNAKAN KELEBIHAN YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA UNTUK MENCUNGKIL RAHSIA-RAHSIANYA. TIAP-TIAP SESUATU KEJADIAN DI DALAMNYA TERKANDUNG SERIBU HIKMAH YANG TERSURAT DAN TERSIRAT.
About Me
- IBOS
- Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.
Thursday 25 October 2012
Wednesday 24 October 2012
Teras Nibong Jadi Batu Hitam/Kuning EGA
Teras nibong jadi batu bewarna hitam/kuning ini diperolehi dari Kuching Sarawak. Telah diikat dengan cincin perak.
Cincin Perak Batu Gunung Berurat DAA
Ini adalah batu berurat yang diperolehi dari sebuah gunung di Malaysia dan diikat kemas dengan cincin perak. Urat-urat di dalam permata gunung ini kelihatan sungguh cantik dan berseni. Sangat cantik bila dikenakan di jari manis.
Cincin Batu Fairuz/Fairus/Firuz/Firus Iran Badar Emas/Perak AGAA
Batu fairuz terbaik adalah yang bewarna 'blue sky' dari Iran. Batu fairuz asli ini, bukan sekadar bewarna 'blue sky' malah mempunyai urat badar perak dan emas. Ini merupakan cincin pusaka lama dan batunya adalah semulajadi yang berkualiti dan tersangat sukar untuk diperolehi dan tersangat jarang ditemui. Batunya dipenuhi dengan urat berwarna perak dan emas. Biasanya batu fairuz yang kita lihat cuma jalur urat berwarna coklat keemasan, tapi batu fairuz ini mempunyai kepingan urat berwarna emas kilat. Warna emasnya akan menyala bersinar jika terkena cahaya. Oleh kerana batu fairuz ini merupakan yang berkualiti dan terbaik, maka ikatan cincin peraknya juga dibuat dengan ikatan yang begitu unik sekali dengan dipenuhi berlian swiss di sekeliling cincin perak itu. Lihatlah keunikan dan keindahan cincin dan batu fairuz badar emas/perak ini dengan teliti.
(P/s: Fairuz langka yang paling dicari adalah Fairuz Abdurrazaq, urat emas, urat merah, dan urat perak. Fairuz Abdurrazaq memancarkan energi positif bagi yang memakainya yang menjadikan wajah bersinar. Warna Abdurrazaq tidak dapat digambarkan dalam tulisan, tapi biasanya Fairuz ini memiliki urat berbentuk jaring (urat jala). Abdurrazaq diburu para ulama hikmah karena memiliki khasiat penangkal senjata tajam (tidak disengaja) dan memiliki energi yang bermanfaat untuk perniagaan. Inilah sebabnya dinamakan Abdurrazaq, karena bermanfaat dalam perniagaan. Dalam Kitab Al-Ilbaas terdapat keterangan bahwa muslim yang memakai Fairuz tidak akan mengalami mati mendadak dan sakaratul mautnya di rumah sendiri berdekatan dengan keluarga yang menyayanginya). Wallahhua'lam!
Cincin Kayu Penunduk Jadi Batu FAA
Cincin kayu penunduk jadi batu ini mempunyai
kendit atau garisan di bahagian tengah batu secara sendirinya. Jarang ditemui
kayu jadi batu yang ada kendit. Khasiatnya dikatakan, insyaallah boleh menundukkan
binatang berbisa atau binatang buas, dan juga boleh buat lawan rasa takut dan
gerun kepada kita dan lain-lain lagi. Wallahhualam!
Thursday 18 October 2012
Buckle Kepala Tali Pinggang Pertahanan Diri (NFS)
Kepala taling pinggang ini adalah gabungan daripada geliga ular senduk, 7 besi ampuh terpilih, akar bahar, akar mali, buah naging india, bujang kalak, buloh bercabang, buloh pasong, buloh temu ruas, gemunggal, kayu gigit batu, kayu lawan arus, kayu setigi, kayu tas, kelapa buta, kelapa ganjil, kemuning hitam, koka, larak salah, pahlawan kuning, penawar hitam, penunduk, rotan songsang, senduduk, teras asam, teras delima, teras inai, teras kemboja, teras kenanga dan teras kelor.
Subscribe to:
Posts (Atom)