About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Sunday, 23 June 2013

Tasbih Kayu Stigi Asli BAA


Kayu Setigi ini amat popular di Indonesia sebagaimana kayu gemunggal atau kelor yang begitu popular di Malaysia. Kayu ini ditemui di pulau-pulau kecil seperti kepulauan Karimunjawa, Jepara. Ianya bagaikan generator bagi kekuatan dalaman untuk orang yang baik akhlaknya. WALLAHUA'LAM...

Cincin Akik Merah Asli Belah Rotan AAA


Cincin belah rotan ini adalah merupakan batu akik merah asli. Dewasa ini, adalah sukar untuk mendapatkan batu akik merah asli yang dibentuk sebegini rupa disamping mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Khasiatnya tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google.com

Saturday, 11 May 2013

Cincin Koka Asli Dari Mekah CEP




Ini adalah cincin kayu koka yang dibawa balik dari mengerjakan umrah. Tidak dijual kerana ada nilai berharga di sebaliknya.

Sunday, 5 May 2013

Cincin Akik Kuning BAA




Batu ini merupakan batu akik kuning yang berusia amat tua dimana batu ini adalah batu asli yang diperolehi di bukit thursina tanah arab. Batu ini telah diuji dan disahkan mempunyai tenaga gelombang positif dimana dapat memulang balik ilmu sihir/hitam, santau, gangguan makhluk halus, menunduk haiwan buas, pelaris perniagaan, pendinding yang ampuh, penaik darjat dan wibawa. Wallahhua'lam.

Cincin Penakluk (Kayu Tikam Batu) HDA




Permata cincin ini merupakan sepasang teras akar gemunggal bukit yang mencengkam batu (jantan & betina). Nampaknya kayu yang menang. Sebab itulah kelor/gemunggal disifatkan sebagai 'kayu bertuah' oleh Sunan Kali Jaga. Mantap untuk khasiat batin dan 1001 hikmah yang lainnya. Wallahhua'lam.

Saturday, 4 May 2013

Cincin Pahlawan Besi Merah Guntur Baja Alam IFA




Jangan salah diduga. Kecil bukan sebarang kecil. Kecil bukan bererti anak. Cincin perak ini berpermatakan besi merah guntur baja alam yang ampuh. Dinamakan Cincin Pahlawan kerana ianya merangsangkan semangat kepahlawanan, tidak gentar, berhati waja, berkeyakinan dan ada wibawa diri. Gabungan ini biasanya digunakan untuk membuat keris, badik, kerambit, senjata-senjata melayu tradisional dan juga termasuk permata cincin yang diguna pakai oleh pendekar, pahlawan melayu dan hulu balang di zaman pemerintahan dahulu. Wallahhua'lam. 

Cincin Suasa Batu Nilam Blue Sapphire Bicolour AAAAA





Cincin suasa berpermatakan batu nilam ceylon dwiwarna ini dikelilingi batu berlian asli. Rona warna dalam batu permata nilam biru ini menunjukkan ianya adalah batu nilam asli dari Sri Lanka dan sungguh cute dan menawan sekali. Tak jemu mata memandangnya. Percayalah...

Cincin Perak Mani Gajah Level Geliga JAAA



Ini adalah cincin berpermatakan Mani Gajah Tahap Geliga. Mengenai khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google, bermacam-macam khasiat telah didedahkan kepada umum. Wallahhualam.

Cincin Delima Merah Berkhodam GAA



Cincin delima merah berkhadam rezeki alam ghaib (bunian) berkhasiat sebagai pengundang rezeki yang kuat untuk para peniaga, pelabur dan sebarang usaha yang dilakukan untuk urusan rezeki. Dengan izinNya dapat menyelesaikan masalah kewangan, pelaris perniagaan yang ampuh, penguat cakra dan mampu menjauhkan dari sebarang masalah rezeki dan nasib tidak baik. Wallahhua'lam.

Cincin Logam Pakaian Diri (NFS)





Cincin Logam Pakaian Diri ini adalah terdiri dari gabungan permata logam berkhasiat tinggi dan terpilih iaitu KP Gred 1, BK Gred 1, Meteorite, BHHB (rahsia). Begitu juga dengan ikatan cincinnya hasil dari peleburan 13 logam-logam terpilih dan besi Pa 13 (rahsia). Tukang cincin dah tak mahu bikin cincin sebegini lagi kerana amat rumit. Khasiatnya adalah untuk mempertahankan diri dari musuh di alam nyata dan yang di alam ghaib dengan izin Allah SWT juga. Ini adalah ikhtiar dan usaha kita juga dan selebihnya berserah kepada yang Maha Berkuasa. Wallahua'lam.

Cincin Besi Berani AFA



Sunday, 3 March 2013

Cincin Stony Iron Meteorite FAA





While in space it is called a meteoroid. When it enters the atmosphere, air resistance causes the body to heat up and emit light, thus forming a reball, also known as a meteor or shooting star. The term bolide refers to either an extraterrestrial body that collides with the Earth, or to an exceptionally bright, reball-like meteor regardless of whether it ultimately impacts the surface. Generally, a meteorite on the surface of any celestial body is a natural object that has come from elsewhere in space. Meteorites have been found on the Moon and Mars.

Meteorites have traditionally been divided into three broad categories: stony meteorites are rocks, mainly composed of silicate minerals; iron meteorites are largely composed of metallic iron-nickel; and, stony-iron meteorites contain large amounts of both metallic and rocky material.

Meteorite is often associated with supreme power, bravery and nobleness which can help fighting back ghosts and darkness. It is believe that wearing Meteorite items can promote body Qi and blood circulation. It can also enhance vitality and energy which benets one's physical strength and resistance against diseases. Couple's intimacy will be enhanced as well. Due to its origin from the outer space, people believe that Meteorite can help them communicate with God. It can be used as a powerful medium for praying and making wishes.

Cincin Badar Besi Fairuz/Fairus/Firuz/Firus Emas FAA






Cincin di atas adalah merupakan permata Badar Besi Fairuz Emas. Permata ini adalah sangat sukar untuk diperolehi. Dikategori sebagai barang 'hyper rare'. Ianya sangat-sangat dicari oleh mereka yang mengetahui akan khasiat yang begitu ampuh. Tuan-tuan boleh 'google' untuk mengetahui khasiatnya yang selalu diperkatakan orang.

Cincin Batu Fairuz/Fairus/Firuz/Firus Iran 1 IFA






Fairuz merupakan salah satu batu mulia yang memiliki bermacam warna dan jenis. Pada umumnya Fairuz Nishabur berwarna biru muda dan Fairuz Mekah berwarna hijau daun. Wallahua'lam.