About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Friday, 8 February 2013

Cincin Batu Ular EAA



Cincin batu ular ini merupakan juga spesis batu akik. Ianya dinamakan batu ular kerana ular akan mengelak jika berdekatan dengan izin Allah jua. Ianya juga merupakan batu yang hampir kepada geliga ular dan boleh juga digunakan untuk menyedut bisa patukan ular. Ianya dinamakan batu ular kerana khasiatnya khusus untuk tujuan ini dan amat sukar diperolehi. Permukaan batunya yang bercorak belang seakan-akan serupa dengan kulit ular.

Tuesday, 5 February 2013

Cincin Besi Leleh dan Gabungan Besi Pa 13 + 13 Pancalogam AHDA







Cincin istimewa ini ditempah khas dimana terdiri dari gabungan Besi Pa 13 + 13 Pancalogam terpilih dan Besi Leleh. Gabungan besi-besi (kecil bukan sebarang kecil) ini biasanya digunakan untuk membuat keris, badik, kerambit, senjata-senjata melayu tradisional dan juga sebagai cincin yang diguna pakai oleh pendekar, pahlawan melayu dan hulu balang di zaman pemerintahan dahulu. Manakala Besi Leleh pula untuk benteng diri dari dari kecederaan yang biasanya diguna pakai oleh pengawal keselamatan dan yang seumpamanya dengannnya. Wallahhualam.

Cincin Tanduk Kerbau Landau EAA





Cincin ini berpermatakan Tanduk Kerbau Landau yang telah disi dengan pengisian ampuh menurut kata tuannya terdahulu. Mengenai khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan 'search' sahaja dalam 'google', bermacam-macam khasiat telah didedahkan kepada umum.

Tuesday, 1 January 2013

Cincin Batu Fairuz/Fairus/Firuz/Firus Iran Zikirullah AAA




Asal sebenar batu fairuz ini adalah dari tasbih dan kemudiannnya dibelah dua dan dijadikan batu permata dan diagih-agihkan kepada yang bernasib baik untuk mendapatkannya. Kekuatan khasiatnya adalah semakin tinggi kerana selalu digunakan untuk berzikir dengan kalimah-kalimah suci. Mengenai khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google.com, bermacam-macam khasiat telah didedahkan kepada umum.

Cincin Batu Mustika Merah EAA




Cincin Batu Mustika Merah ini diperolehi daripada seorang tua dan dikatakan sudah berusia ratusan tahun, tetapi warna maintain macam itu. Sangat cantik dan merah menyala ketika terkena cahaya. Dipandang sungguh manis bila disarung di jari.

Cincin Batu Delima Merah LAAA



Cincin batu delima ini adalah merupakan batu delima asli. Keaslian batu delima ini terserlah bila kedapatan unsur-unsur semulajadinya sebagai batu.

Wednesday, 7 November 2012

Cincin Batu Akik Badar Perak Alami AIAA












Sangat dan tersangat sukar untuk diperolehi. Cincin batu akik badar perak antik ini terjadi secara semulajadi dimana sebahagiannya adalah separuh batu dan separuh lagi perak. Diperolehi di tanah jawa semasa sedang bertapa. Ada butiran berwarna emas di dalam batu dan semakin bertambah. Motif peraknya juga terlakar wajah sesuatu jika dilihat dengan teliti. Juga ada seperti lafaz kalimah bila disuluh dengan cahaya lampu. Ianya juga bergetar apabila dihampirkan kepada magnet. Dipercayai berkhodam semulajadi. Batu ini juga adalah anti calar dan akan nampak basah bila terkena cahaya. Lihatlah sendiri keindahannya. Ianya merupakan koleksi yang terbaik setakat ini.

Cincin Batu Merah AFA







Batu merah ini adalah pemberian orang lama, dan kemudiannya diikat perak untuk dibuat cincin pemanis jari. Ikatan cinicn perak ini, begitu ngam dengan bentuk permata merah ini. Memang cantik bila dikenakan pada jari. Merahnya bagai darah merah.