About Me

My photo
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.

Monday, 24 October 2011

Cincin Batu Nilam Star AEA

Cincin Batu Akik Fosil Buluh Kuning AEBA



Cincin ini berpermatakan Batu Akik Fosil Buluh Kuning. Barang yang 'hyper rare'. Permata ini kelihatan cantik dan nampak basah serta bebas calar. Warnanya juga seakan berubah-ubah mengikut suhu persekitaran. Begitu unik dan  berkualiti.

Teras Nibong Jadi Batu AEA


Teras nibong jadi batu ini diperolehi dari Sarawak. Dikatakan sebagai pendinding diri, penghapus ilmu kebal, bisa pukulan serta kuat semangat dan untuk temuduga. Wallahhualam!

Permata Kayu Berbelian Jadi Batu AAA


Duri Landak Laut HA


Duri landak ini dikatakan sebagai ikhtiar sebagai pelindung dari santau, meneutralkan racun, pengasih, azimat dan juga sebagai penerang hati kanak-kanak mengaji Al–Quran. Wallahhualam!

Cincin Delima Star BAA

Batu Merah Alami Raw DEA








Cincin Perak Batu Serai



Sungguh menarik dan cantik sekali bila dikenakan di jari.... cute dan cun...

Gelang Teras Kayu Jadi Batu AFA



Ini adalah gelang teras kayu jadi batu. Sangat baik disimpan untuk dibuat koleksi terbaik dan 'rare'.

Cincin Akik Mani Gajah EAA




Akar Bahar EA


Akar bahar ini dikatakan sebagai penawar bisa dan melegakan urat saraf. Wallahhualam!

Batu Zamrud Nabi Sulaiman AEP

Batu Zamrud Nabi Sulaiman ini dikatakan diambil dari buih Sungai Nil yang  hanya berlaku 100 tahun sekali. Dikatakan khasiatnya adalah seribu satu. Wallahhualam!

Teras Kelor Berpamor Kursani ADA


Teras kelor ini berpamorkan kursani diperolehi dari Kuching, Sarawak. Dikatakan sebagai pendinding diri, penawar racun, penangkis ilmu teluh, ilmu tuju, kebal, halau makhluk halus dan elak pencuri serta pukulan berbisa. Manakala lain-lain khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google.com, macam-macam khasiat melalui pengalaman pemakai telah didedahkan kepada umum.

Teras Gemunggal Agong FAA




Teras gemunggal ini berbau harum dan tenggelam di dalam air. Dikatakan ianya sebagai asbab kebal asid. Lihatlah ira teras gemunggal ini, dan sememang sudah pasti asli. Mengenai khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan search sahaja dalam google.com, macam-macam khasiat melalui pengalaman pemakai telah didedahkan kepada umum.

Teras Kayu Pelbagai Batu Permata GAA





Teras kayu ini mengandungi batu badar besi/batu delima cempaka alam/raja batu putih/rambut dll?

Kayu Tas (NFS)

Kayu tas atau hujan panas ini diperolehi dari Serawak ketika hujan panas turun di tengah hari! Dikatakan ianya digunakan sebagai penunduk binatang liar dan binatang buas. Wallahhualam!

Rotan Songsang BA

Rotan songsang dikatakan bagi menjauhkan diri dari kejahatan manusia dan pendinding ilmu hitam. Wallahhualam!

Mutiara Kima AA

Mutiara ini diperolehi dari dalam siput kima di Kota Kinabalu.

Raja Kayu HA





Raja kayu adala lebih kepada perubatan disamping diakatan sebagai pendinding diri, gout, bisa-bisa tulang dan pelbagai kegunaan lagi. Wallahhualam!

Kayu Larak Salah CBA




Kayu Larak Salah ini diakatakan sebagai pelindung dari penglihatan musuh (perabun) dan pendinding diri. Diceritakan, jika kayu larak salah ini diletakkan di reban ayam, nescaya ayam-ayam tidak dapat masuk ke reban ayam kerana tidak dapat melihat dimana letaknya reban ayamnya. Wallahhualam!