Cincin batu ular ini merupakan juga spesis batu akik. Ianya dinamakan batu ular kerana ular akan mengelak jika berdekatan dengan izin Allah jua. Ianya juga merupakan batu yang hampir kepada geliga ular dan boleh juga digunakan untuk menyedut bisa patukan ular. Ianya dinamakan batu ular kerana khasiatnya khusus untuk tujuan ini dan amat sukar diperolehi. Permukaan batunya yang bercorak belang seakan-akan serupa dengan kulit ular.
SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T. TIDAK MENCIPTAKAN SESUATU DI MUKA BUMI INI MELAINKAN MEMPUNYAI ASBABNYA. TIAP-TIAP SESUATU KEJADIAN YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH MESTILAH MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB YANG TERTENTU DAN TIDAK LAIN TIDAK BUKAN IALAH SEMATA-MATA UNTUK MANAFAAT MANUSIA. TERPULANGLAH MANUSIA ITU SENDIRI UNTUK MENGGUNAKAN KELEBIHAN YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA UNTUK MENCUNGKIL RAHSIA-RAHSIANYA. TIAP-TIAP SESUATU KEJADIAN DI DALAMNYA TERKANDUNG SERIBU HIKMAH YANG TERSURAT DAN TERSIRAT.
About Me
- IBOS
- Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuloh momohon maaf dimana ada kelemahan di dalam paparan ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan sebarang kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri yang kerdil. Didapati koleksi saya semakin hari semakin bertambah, dan kepada yang berhajat serta ingin memilikinya (bukan semuanya untuk dipindah milik), sila hubungi saya di 012-3122464.
Friday 8 February 2013
Tuesday 5 February 2013
Cincin Besi Leleh dan Gabungan Besi Pa 13 + 13 Pancalogam AHDA
Cincin istimewa ini ditempah khas dimana terdiri dari gabungan Besi Pa 13 + 13 Pancalogam terpilih dan Besi Leleh. Gabungan besi-besi (kecil bukan sebarang kecil) ini biasanya digunakan untuk membuat keris, badik, kerambit, senjata-senjata melayu tradisional dan juga sebagai cincin yang diguna pakai oleh pendekar, pahlawan melayu dan hulu balang di zaman pemerintahan dahulu. Manakala Besi Leleh pula untuk benteng diri dari dari kecederaan yang biasanya diguna pakai oleh pengawal keselamatan dan yang seumpamanya dengannnya. Wallahhualam.
Cincin Tanduk Kerbau Landau EAA
Cincin ini berpermatakan Tanduk Kerbau Landau yang telah disi dengan pengisian ampuh menurut kata tuannya terdahulu. Mengenai khasiatnya pula tidak perlulah dinyatakan di sini, kerana ianya dah "well known" dan 'search' sahaja dalam 'google', bermacam-macam khasiat telah didedahkan kepada umum.
Subscribe to:
Posts (Atom)